Monday, September 12, 2011

kawan atau lawan

siapa KAWAN, siapa LAWAN. sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR. adakah tangan. DIHULURKAN atau DITINGGALKAN?

bukan sekali aku mendengar cemuhan
tapi aku pekakkan saja,

bukan sekali diriku dicanang
tapi aku diamkan saja,

bukan sekali diriku kau pijakkan
tapi aku tundukkan saja,

tidak pernah kau kukenali
tapi telah kubaca hati budimu,

kerana aku bukanlah pelukis dendam
tapi keruh pada wajah itu sedang bercerita
tentang benci

Before that, I nak cakap, “Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. ... Jangan salahkan takdir. tu dah macam tak percaya kuasa Tuhan sakit mana, perit mana, yakin lah, Tuhan tak pernah menguji hambaNya .. 


Nur Intan Asmida,

Dulu saya pernah menjadi seseorang pada anda, Hari ini saya masih seseorang pada anda
# Sampai bila-bila pun saya masih tetap menjadi seseorang pada anda

Hanya satu pertalian yang akan berubah dan tak akan pernah saya kekalkan, MUSUH

Sejujurnya, saya tak pandai membenci. Biar seribu kejahatan yang anda lakukan tak akan mampu saya benci selamanya. Kejahatan anda mungkin saya ingat tapi saya tidak dilahirkan dengan perasaan untuk membenci orang lain. Marah saya hanya seketika. Saya tidak pandai untuk ego. Itu realiti diri saya.

Siapa pun diri anda pada saya semalam, hari ni saya akan jadikan anda orang yang terindah pernah wujud dalam diari hidup saya supaya selamanya saya akan ingat siapa anda.

Kata Mak, "Biar orang buat jahat pada kita, kita jangan buat. Allah Maha Kaya, biar Allah yang balas."


Sekali anda hadir dalam diri saya, selamanya anda akan tetap menjadi sebahagian dari diri saya. Ikhlas saya terima. Siapa anda dan bagaimana anda pada saya suatu masa dulu biarkan ia jadi sejarah. Hari ini kita jadi sesuatu yang baru untuk kekal selamanya. Insya-ALLAH.

# Tangan KAU hulurkan aku sambut, pelukan darimu seperti tanda keinsafan dan melupakan semuanya. AKU TERIMA !!!!

No comments:

Post a Comment